Saturday, December 23, 2006

DISPLIN MANTAP, REMAJA CEKAP

Perkhemahan yang berlangsung pada 20-21. Dis.2006 bertempat di Taman Warisan Tasik Merimbun Tutong, telah membawa satu catatan perjalanan hidup ini. Bersama dengan anak-anak didikku, kami telah menempoh berbagai cerita untuk dijadikan kenangan yang terindah. Di dalam saat begini kami menjadi satu keluarga. Bagi diriku ini amat berharga dalam membina motivasi diri mereka. Berbagai program dalam memperkayakan diri mereka bagi menanam sikap jati diri. Aku sungguh berbangga dengan mereka yang bersamaku. Mereka menunjukkan sikap yang positif dalam mengikut semua kegiatan yang dijalankan. Syabas kamu adalah harapan masa hadapan. Segala kenangan itu akan ku abadikan dalam lingkiran hidup ini, semoga semua akan menjadi tapak permulaan kita dalam menjalinan kebersamaan dalam kehidupan kita.

Beberapa peristiwa telah ku muatkan dalam ALBUMKU sila klik

GAMITAN RASA UNTUK SEORANG IBU

HARAPAN DAN IMPIAN
(UNTUK SEORANG IBU)
Ku temui wajahmu
Sinar matamu menusukku
Senyummu menyentuhku
Lembut sapamu
Tergamitku dalam penuh keikhlas
Matamu memancar harapan
Hatimu ikhlas penuh impian
Pengorbananmu tidak ternilai
Jasamu tidak terbalas
Aduhai anak...
Berilah harapan padanya
Capaikanlah keinginannya
Menggungung tinggi cita-citanya
Melihatmu mengapai kejayaan
Aku
Sentiasa mengiring doa bersama
Moga harapan dan impianmu tercapai
Tangismu menjadi tawamu
Tawamu menjadi kebahagian hidupmu

SENTUHAN HATIKU

Cuti akhir tahun meninggalkan kesan yang penuh makna kepadaku. Sepanjang cuti ini aku rasa amat berharga. Walaupun pada mulanya kurasa kesunyian dan merasa kerinduan dengan rutin harianku.
Pada minggu pertama aku mengisikan ruang waktu dengan kerja-kerja yang belum beres. Di samping itu aku juga merasai resah kerana minggu ini keluargaku akan menerima tetamu yang membawa hajat untuk bersalitulrahim. Bagiku ini adalah kewajipanku sebagai ketua keluarga. Aku merasa sudah sampai masanya aku harus merelakan semua itu. Semua itu untuk kebahagian dan kesejahtraan pada masa akan datang.

Tambahan lagi pada minggu kedua ini anak-anak didikku merancang untuk mengadakan perkelahan di pantai Seri Kenangan Tutong. Pada mulanya aku merasai tidak sesuai bagiku bersama mereka. Mungkin kehadiranku akan membuat mereka kurang selesa dan bebas, maklumlah jiwa remaja mereka untuk melepaskan 'tension' masing-masing. Tetapi kerana terasa ruang rindu di dalam hatiku untuk berjumpa dan bersembangan-sembang mebuat aku bersetuju untuk join sama.

Mereka menghantar sms untukku beberapa kali untuk mengingatkan perkelahan itu. Terubat juga rasa kesunyian dengan suara dan tegur sapa mereka. Bagiku ini adalah sesuatu kurnia oleh yang maha esa dengan mempertemukan mereka denganku. Kami menikamati makan bersama-sama. Ditambah pula dengan persekitaran yang begitu menyenangkan. Suasana pantai dengan alunan dan deruan ombak di temani hembusan angin menghilangkan rasa kebosanan. Setiap orang sibuk dengan kegiatannya. Seperti biasa aku melayan mereka bersembang-sembang. Aku tidak memikirkan lagi tajuk-tajuk kuliah untuk mereka. Aku amat bersyukur kerana dapat dapat berkongsisama dalam perjalanan hidup ini. Walaupun zamanku dan zaman mereka terlalu jauh jaraknya. Namun sekurang-kurangnya akan dapat mengimbau kembali saat-saat indahku dulu semasa seusia mereka.

Saat-saat begini membantuku mengenali hati budi mereka lebih dekat lagi.
Hari itu sungguh menjadi satu goresan memori yang akan ku catat dalam perjalananku dibumi Allah ini. Segala tingkahlaku dan gerak mereka membuatkan diriku jauh melayangkan kealam yang silam. Dalam dadaku masih tersimpan segala titk peristiwa yang pernahku alami. Alangkah manisnya kehidupan ini.

Bukan hanya perkelahan ini menjadi memoriku. Malah pengalaman ini telah mengambit naluriku. Semasaku menghantar salah seorang dari mereka balik, ini mebuatku menyingkap kembali kenangan yang telah lama terbenam di dalam lipatan kehidupan ini.

Semasa dalam perjalananku. Mataku mengamati di sekitar jalan yangku lalui. Pernah beperapa tahun yang lalu perjalanan yang ku lalui ini pernahku tempohi. Masih segar ingatan, dulu jalan ini selaluku tempohi apabila menghantar anak-anak didikku balik kerumah mereka setelah menyertai perlawanan-perlawanan sukan bagi memwakili sekolah. Aku sungguh berbangga dengan kecemerlangan yang ditujukkan oleh anak-anak kampong pendalaman ini.

Bila mengingati kembali terdapat perubahan yang begitu jauh telah berlaku. Apabila terpandang sebuah sekolah, diotakku terbayang bagimana aku dan teman-teman yang lain pernah bermain bolasepak di padang sekolah tersebut. Masihku ingat rumput padangnya sungguh cantik seolah-olah sebuah stadium bolasepak yang 'standard'.

Aku teringat juga peristiwa sesat dalam perjalanan. Ketika itu aku membawa familiku untuk menuju sebauah tempat libur iaitu ke Taman WarisanTasik Merimbun. Entah bgaimana aku tersesat jalan hingga ke Kampong Bukit. Aku menyedarinya takala aku terpandang sebuah sekolah rendah. Dalam benak bertanya sekolah apa yang belajar pada hari Ahad?. Tekala melintasnya, terpandang aku akan papan tanda Sekolah Rendah tersebut. Mungkin ini membuat aku phobia sehingga hari ini dengan nama Kampong Bukit, kerana itulah pertama kali aku sampai kekampong tersebut sehingga hari in aku belum pernah lagi menjejaki kaki ku kekampong itu. Semua ingat itu jelas dalam kepala ini.

Sepanjang perjalan itu aku cuba-cuba mengingat tanda-tanda simpang dan sungai yang ku lalui. Maklumlah takut tersesat balik nanti. Takut pisang berbuah dua kali lagi, atau mungkin sejarah akan berulang. Tambahan anak didikku ini selalu mengingatkanku supaya jangan tersesat balik nanti. Aku hanya menjawab 'Bukan susah jalan saja di mana sampainya'. Aku mulai tertarik dengan persekitaran yang banyak berubah itu menambah hatiku untuk menyelusuri dikampong pendalam ini.

Dulu semasa arwah ayahku bertugas sebagai pegawai polis Kampong Lamunin, aku sering mengikuti beliau untuk mengunjungi kampong-kampong pendalam ini. Kerana itu tugasnya dalam menentukan keamanan dan kesejahtraan penduduk kampong. Mungkin dari kegemaran mengikut beliau melawat ke kampong pendalam membibitkan jiwaku mencintai kegiatan melawat kekampong pendalaman. Teringat olehku kata salah seorang anak didikku 'Andangnya suka melawat kampong orang' kata-kata ini mebuatku lebih ghairah lagi untuk melanjutkan kegiatan ini. Bagaiku perjalanan ini sungguh amat berharga. Kerana dapat mendidik dengan pengetahuan dan pengalaman. Bagiku menyelusuri kependalaman dapat membuka minda dan hatiku untuk menanam sikap tanggungjawabku dan prihatinku kepada bangsa dan tanah airku. Tambahan lagi sebagai seorang pendidik. Aku wajib tahu asal usul anak-anak didikku. Terutama mereka yang tinggal dipendalaman. Dengan itu aku dapat merasai keperitan,kesusahan dan kepayahan yang mereka hadapi.

Dalam melayan fikranku, tidak terasa kami telah sampai. Aku diajak untuk singgah dirumanya. Mula-mula dalam hatiku cuba menolak, tetapi apabila memikirkan itu adalah tanggungjawabku yang diamanahkan. Kerana aku telah berjanji untuk menghantarnya kerumah. Jadi untuk memastikan kejujuranku aku menerima dan sambil itu dapat juga ku berkenalan dengan familinya, kerana itu niatku. Pernah aku merancang untuk datang ke kampong ini bagi mengadakan projek kemasyarakat bagi anak-anak didikku.

Aku mengikut langkahnya, keharuman tanah hutan dan tanaman disekitar membuatkan aku terlalu rindu akan zaman kecilku bermain lumpur dan mandi telaga dengan airnya begitu menyegarkan. Sungguh aku merinduinya, tambahan lagi susana ini mebuatku benar-benar terpukau seolah-olah aku dalam satu dunia lampau, terkenangkan kedua nenek tuaku yang sentiasa menyambut aku terutama apabila pada musim cuti-cuti persekolahan.

Sampai di rumah. Aku diperkenalkan dengan familinya, aku begitu terharu dengan kemesraan yang di berikan kepadaku. Kami berbual sambil duduk diberanda rumah. Teringkatku semasa duduk di kampong semasa kecil bersama dengan nenekku. Sering aku duduk dan mendengar nenekku bercerita, semua itu terbayang di mataku.

Perbualan kami bermula dari bertanyakan tentang kebun, sawah padi hingga kami berbual tentang kehidupan dan harapan. Aku amat terharu dengan keikhlas keluarganya dapat berbincang tentang kehidupan mereka. Aku merasakan bahawa itu sebagai cabaran dalam kehidupan ini. Harapan dan impian itu memang satu matalamat yang harus di tunaikan. Sentuhan hatiku sebagai seorang bapa terusik kerana itu juga apa yang ku harapkan dan impikan kepada anak-anakku. Sungguh bermakna pertemuan ini. Ku rasa agak lama perbualan kami . Aku memohon untuk mengundur diri, kerana aku takut hari hampir petang,takut-takut tersilap simpang jalan nanti.

Di sepanjang perjalanan aku memikirkan pertemuanku tadi dan kata-kata dan perbualan kami tadi. Otak ku ligat berputar merakam semua itu.

Aku berhenti di sebuah masjid, kerana aku hampir terlupa untuk menyempurnakan tanggungjawabku kepada yang maha esa. Sambil itu dapat menenangkan fikiranku yang setiasa giat merakam dan mengimbas segala peristiwa. Ku teruskan perjalananku selasai sujud pada Yang Maha Kuasa.

Bagiku inilah kali kedua aku dapat mendengar luahan hati yang jujur di dalam berbual dan berbicara.

Aku teringat hampir 29 tahun yang lalu. Ketika itu aku baharu saja menamatkan
pengajianku dari Maktab Perguruan. Semasa itu aku mula bertugas di sebuah sekolah didaerah Belait. Aku telah dilantik menjadi guru kelas bagi pelajar-pelajar yang lulus memasuki sekolah Inggeris (Sekolah Persediaan Inggeris) iaini tahun 1 (Prep 1). Semasaku sedang mengajar, pintu bilik kelasku diketok. Aku terpandang dipintu berdiri satu tubuh yang sasa. Aku rasa gementar, maklumlah guru muda baharu saja memasuki alam pekerjaan. Tambahan lagi aku memang mengenali tubuh itu, orangnya begitu hebat dan terhandal ketika itu. Aku mempelawa dia masuk dan bertanya hajatnya supaya dapatku membantunya. "Cikgukah guru kelas?" tanyanya dengan tegas. Aku mengiyakan. "Cikgu tahu anak saya yang cikgu ajar?". Aku mulai gementar kenapa dia memberitahu semua ini , apakah salahku, atau mungkin anaknya ada mengandu tentang caraku mengajar tidak difahami oleh anaknya, aku tidak menjawab hanya memerhatikan dirinya saja. "Yang atu anakku" dia menujuk seorang pelajar perempuan duduk dibarisan depan. Mataku dengan cepat menumpukan, seorang pelajar yang sungguh manis dan comel. "Aku inda mau anak ku atu mengikut jejak bapanya ani", sambungnya, hatiku mula terasa kecut kenapa dia berkata begitu. "Aku inda peduli apakan cikgu buat arahnya, cigku marahikah, cikgu dendakan, cikgu rotankah asalkan ia inda jadi macam bapanya ani inda ada beperlajaran"

Hatiku mula tenang dan lapang, sambungnya"Ganyaku harap arah cikgu ajartah ia atu baik-baik, apa saja cikgu buat aku serahkan tah arah cikgu, ganya kalau ia balik inda cacat saja atu saja inginku pesan arah cikgu, jangantah takut-takut". Aku berasa bersyukur kerana sangkaanku tadi salah, tetapi sebaliknya. Setelah aku berkenalan dan berbual-bual, dia meminta diri. Sehingga hari ini peristiwa itu sungguh tidak pernahku lupakan, tambahan apabila melihat tindak-tanduk ibu bapa di era ini.

Akan tetapi kali ini aku bersua lagi tetapi bukan di sekolah malah kali ini di rumah anak didikku. Segala luah dan perbualan kami ini hadir dalam benakku tekala aku dalam perjalanan pulang.
Bagiku pertemuan ini sebagai satu hikmah kerana dapat bertandang kerumahnya. Dalam hati ini berdoa semoga harapan dan impian itu akan menjadi kenyataan.

Hari itu naluriku benar-benar tersentuh. Sesampaiku di rumah caya siang telah menyembunyikan diri. Terai senja telah mengantinya. Ya Allah bertapa besarnya kuasamu, Kaulah maha mengetahui segala rahsia di langit dan bumi. Engkaulah yang mengurniakan segala kudrat dan iradatMu kepada kami yang lemah ini. Kami hanya memohon segala kehidupan sementara yang Kau pinjamkan ini dapat kami nikamati dengan penuh kesyukuran kepadaMu. Amin

Semoga perjalananku ini akan terus bermakna dalam menyampaikan amanahNya padaku.