Thursday, October 26, 2006

Bagaimana ku jatuh hati.

Banyak member begitu bergahirah ingin tahu bila mellihat aku bersama dengannya. Mereka begitu tetarik dengannya. Apa tidaknya?.Siapa pun akan tertarik dengan bentuk yang sungguh menyedapkan mata melihatnya. Bentuk badan yang gebu, montel dan cute. Ditambah dengan gaya yang'sporting'. Penampilan yang begitu unggul membuat sesiapa pun akan tergoda. Tentulah mereka cemburu....

Tetapi aku sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan aku begitu tertarik dengannya.

Pada mulanya aku mengenalinya setahun yang lalu. Pertemuan itu hanyalah pengenalan biasa saja. Aku sering bertemunya seperti kebanyakan yang lain. Sekali-sekala terusik jua perasaan. Tetapi itu hanya seperti mimpi pada siang hari saja. Bagiku tidak mungkin aku dapat memilikinya.

Semua itu seperti mengenggam angin atau sebagai khayalan saja. Jadi impian untuk memilikinya itu sesuatu yang sukar untuk ditunaikan. Lainlah kalau kudrat dan iradat yang telah ditentukan untukku.

Selepas itu, bagaimana aku dapat mendekatinya, seolah-olah sebagai sebuah mimpi saja. Peristiwa tersebut seolah-olah untuk menyemai bibit-bibit kemesraan atau untuk mencabar keimananku.

Persitiwa itu berlaku beberapa bulan yang lalu. Aku sering bersamanya. Aku begitu asyik seolah-olah aku menyukainya. Mungkin kerana kesetiaannya bersamaku membuat aku begitu senang dengannya. Tambahan pula ia begitu 'sporting'. Bagiku itu adalah satu sifat yang aku sukai. Tambahan dengan bentuk ' body' yang gebu dan sungguh comel loteh kata penyanyi Dato M.Daud Kilau raja gelek Malaysia. Bila mengenangkan lagu Cik Mik Molek itu mengimbas kembali kenangan itu. Ku kira lebih kurang selama seminggu aku bersamanya. Hatiku sudah mulai merasai begitu terusik. Mana tidak setiap hari bersama tentu akan membawa kenangan. Ku rasa itu umpama mimpi didalam mimpi.

Selepas itu aku jarang sekali dapat menemuinya. Kadangkala aku hanya melihatnya saja tidaklah seperti yang lalu. Segala kenangan itu inginku lupakan seperti kataku 'Mungkin aku tidak mampu untuk memilikinya'.

Sejak dari peristiwa itu. Aku lepaskan segala kenang manis itu bersama dengan mimpi lenaku. Apabila terbangun hanya bagai bayangan saja. Namun aku tidak mengharapkan sanggat. Kerana aku tahu akan diri ini. Seperti kata pepatah Ukur baju dibadan sendiri, tahu lah tinggi rendahnya langit, aku harus berpijak dibumi yang nyata. Semua itu seperti mengharapkan yang bulat datang bergolek yang bujur datang melentang.

Entah kenapa ia seperti dalam senikata lagu Delova,aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu. Adakah kerana namanya 'so sweet ' untuk disebut ' Suzi' atau kerana bentuk dan sifatnya yang 'sporting' menjadi idamanku, serasai dengan sifatku. Memang kuakui sifat itu adalah sebahagian dari hidupku. Aku tidak dapat menafikannya. Seolah-olah sifat itu mengalir bersama dengan darah dalam tubuhku dan bersama dengan denyut jantung ini. Entah semua itu tidak dapat kupastikan. Bagaimana semua itu bermula.

Seperti di alam fantasi apabila satu kemustahilan itu menjadi realiti. Seperti terbangun dari memimpi yang indah apabila aku menerima satu berita yang tidak tercapai oleh akalku. Bahawa khayalanku itu bukan sekadar kabus pagi yang akan hilang apabila sinar suria terbit malahkan seperti sebuah gunung yang diliputi oleh awan berlalu tersergam kukuh tidak tergugut oleh kehadirannya. Apakah impianku itu satu mainan?.

Aku terlalu menyukainya, aku terlalu menginginkannya, aku mahu memilikinya. Apakah aku juga menyayanginya?. Mampukah aku?, layakkah aku? Sanggupkah aku?. Semua menjadi teka-teki dan konflik monologku.

Kenapa harus berteka-teki. Aku harus sedia menerima segala risiko, kalau takut dilambung ombak jangan bermain di tepi pantai, kalau takut terbakar angus jangan cuba bermain api. Semua itu aku yang memutuskannya. Biar badai dan ombak datang melanda, walau api yang membakar angus semua itu kuserahkan kepada Yang Isa. Kerana jodoh, rezeki dan maut atas kehendakNYA. Aku hanya berusaha dan menyerahkan diri kepadaNYA. Bagaimana Nabi Musa tidak ditenggelamkan oleh ombak, bagaimana Nabi Ibrahim tidak terbakar oleh api semua itu adalah atas kehendakNYA jua.

Kenapa aku harus takut. Pasti ini adalah satu kurnia untukku, aku harus menyukurinya setiap kebaikan dan kesusahan itu adalah satu dugaan dariNYA. Kerana sebagai hambanya yang sentiasa beriman kepadaNYA tidak akan lepas dari ujianNYA. Setiap ujian itu ada hikmahnya. Sebagai insan yang lemah aku hanya bertawakal kepadaNYA Doaku semoga inilah yang terbaik buatku. Sujud dan syukuriku kepadaMU saja.....Amin

Akhirnya dengan keikhlasan yang tulus aku melamarnya untuk bersamaku. Apa inikah aku telah jatuh hati?.

Darimana punai melayang
Dari sawah turun ke padi
Darimana datangnya sayang
Dari mata turun ke hati.

Mulai saat itu ia menjadi milikku. Ia adalah sebahagian dari kebahagianku. Semoga kesetiaan akan kekal tertanam di hati ini.

DIA ADALAH SEBAHAGIAN DARI KEBAHAGIAN INI Klik[Siapa 'SUZI' my honey? ]

Dari murai

EPILOG DIRI

(Buat mereka yang memahami kesepian)

Kesepian menyelimuti diri
Hanya bertemankan rindu
Dikeliling pagar kesunyian
Hanya detik masa berlalu

Ku hiburkan diri
Dengan dendangan alam
Melupakan kesepian ini
Untuk membujuk rindu yang dalam

Saat begini …..
Menunggu khabar pelepas rasa
Ingin menghilangkan segala kesepian
Menanti bayangan yang tak pasti tiba..

Biarlah buaian rindu mendakap dada
Biarlah kesepian bersarang di hati
Namunku menanti ..
Walau tiada pasti
Saat-saat ini pasti ku nanti

Menanti kuntuman senyum
Menanti madah berpuisi
Buat pelepas rindu
Buat pelepas kesepian

Mengharapkan
Setitik embun kasih
Di kuntum rindu
Bak musafir dipadang pasir
Hanya berharap setitik air
Pelepas dahaga….


MEMORIKU


Pulau Labuan tiada bebukit
Ada bukit sibatu karang
Budi tuan bukan sedikit
Dari dulu hingga sekarang

Pantun ini mengingatkanku kembali segala memori silam. Tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermain. Pada satu ketika dulu Pulau ini salah satu destinasi kegemaraan untuk bershopping. Waktu itu pulau ini sebagai pradaise untuk meluangkaan masa-masa cuti. Malah juga sebagai weekend holiday.

Pada waktu cuti kali ini aku bersama famili bertandang ke pulau mutiara ini. Seingatku memang telah lama aku tidak menjijak kakiku dipulau ini. Inilah kesempatanku untuk melihat perubahan pulau mutiara ini.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam. Berbanding pada tahun 70an hingga 80an dulu perjalan mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Sebenarnya percutian kali ini tiada dalam rancangan. Keluargaku mengambil keputusan ini saat akhir cuti pengal persekolahan. Jadi pemergian kali ini kurasa sebagai pemenuh ruang percutian kali ini.

Jam 5.00 petang kami sampai diteminal ferri antara bangsa pulau itu. Terpegunku melihat perubahan terminal yang cantik dan selesa itu. Dulu tempat ketibaan tidak begitu selesa dan terlalu kecil. Selepas pengurusan imigrasi, kami terus kehotel dengan van yang memang sedia sudah menunggu ketibaan kami.

Selasai pengurusan hotel, kami keluar untuk meninjau-ninjau dibandar Labuan. Banyak kenangan silam berputar diotakku. Tambah melihat tempat yang masih kukenali.

Dulu aku sering datang kepulau ini bukan saja secara menghabiskan cuti tetapi kerana mengadakan hubungan salitulrahim.

Pernah dulu beberapa kali aku mengikuti perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan dan mengadakan lawatan muhhibah.
Sambutan dari masyrakat disini sungguh mengharukan. Semua kenangan ini hadir di benak fikiranku. Tambahan lagi petang itu aku melihat perlawanan bolasepak dipadang didataran Labuan. Sungguh jauh bezanya pada ketika dulu. Disekililing kawasanya dibina dengan 'landscape' yang memukaukan pandangan. Beberapa arca dibina menambahkann lagi keindahan bandar ini.

Aku juga pernah membawa anak-anak didik dalam latihan persediaan untuk pasukan negara dibawa 18 tahun. Semasa kunjungan tersebut aku dan rombongan dilayan dengan begitu baik. Semua kenangan itu masih jelas difikiranku. Kurasa kedatangan kali seolah-olah mengajak diriku merenung kembali segala peristiwa-peristiwa yang lalu, mungkin supaya aku dapat mengabadikan di dalam diari kehidupanku ini.

Malam itu aku benar-benar merasakan sesuatu yang amat berharga dalam perjalanan hidup ini. Aku sujud dan bersyukur kepadaMu ya Allah kerana memberikan kesempatan diriku menenikamati hidup ini, walaupun tidak seindah dulu. Akan tetapi sudah cukup bagaiku merasai bertapa lemahnya diri ini berbading dengan kurnia yang diberikan kepadaku. Semoga kurnia yang diberikan itu menjadikan diri ini selalu bertakwa dan beriman kepadaNya..amin itulah yang selalu ku pohonkan.

Keesokannya,selepas menunaikan tanggungjawabku sebagai mukimin, aku turun untuk melakukan senaman pagi. Kebiasaan ini memang selaluku lakukan kerana disamping dapat menyegarkan badan sambil melihat keindahan cipta Allah pada waktu pagi. Tabiat ini telah menjadi routinku, kalau aku melancong di negara orang. Tetapi pagi itu cuaca hujan membatasi pergerakanku untuk melihat di sekitar bandar tersebut. Untuk menanti hujan teduh, aku duduk disalah sebuah kedai minum, sambil menikamti segelas teh panas. Aku melayan fikiranku mataku memerhatikan dihadapan.

Kurasa terlalu lama kududuk didalam kedai itu. Namun hujan belum lagi teduh. Terfikiran dalam kepala ku, tentu keluargaku rasa kecewa kerana tidak dapat shopping kali ini. Aku bangun memutuskan untuk balik kehotel. Aku balik dalam hujan.

Hujan mulai berhenti . Jam sudah menujukkan 10 pagi. Selepas sarapan pagi. Aku dan famili mula melangkah untuk menunaikan hajat. Sepanjang melangkah aku cuba mengingat-ingati beberapa tempat yang sudah berubah wajah.Kalau dulu shopping komplek yang kami datangi ini belum lagi wujud. Tetapi sekarang semua sudah terseragam dengan kukuhnya.

Aku sempat membeli beberapa buah tangan dan buku-buku novel sebagai kenanganku. Memang sudah tabiatku jika berpergi shopping tokoh buku adalah sebagai sasaranku.

Tiada terasa masa begitu cepat berlalu. Selasai mengisi perut. Kami kembali ke hotel untuk packing. Jam 2.00 petang kami check-out dari hotel. Walaupun feri untuk berlepas balik jam 4.30 petang, masa-masa yang ada itu kami gunakan untuk shopping di kedai-kedai yang berdekatan juga di dalam terminal.

Sepanjang perjalanan balik. Aku hanya menghabiskan masaku dengan membaca novel ya baru kebeli. Kami mendarat jam 5.30 petang. Sebuah pantun mejelangan dalam fikirkanku.

Buah pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walau jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan.

JEJAKKU

Minggu lalu aku telah mejejakkan kaki ku di kampung Berambang. Sebenarnya ini bukan kali pertamaku, malah tempat ini adalah lalu untuk menuju ke Kampung Menunggol. Sebuah perkampungan yang serdahana. Penduduknya hidup seperti satu keluarga.

Pulau Berambang letaknya berhadapan dengan Kampong Pintu Malim di Jalan Kota Batu. Untuk sampai ke pulau ini haruslah menaiki boat. Pulau yang menyimpan sejarah. Disini letaknya Pulau Lumut Lunting. Metosnya dari seekor ayam bertukar menjadi pulau.

Cerita ini bermula pertanding sabung ayam diantara ayam Majapahit berlawan dengan ayam kepunyaan Bendahara Awang Sijerambak adinda Ratu Brunei. Disebabkan ayam Ratu Majapahit kalah bernama Asmara lalu terbang kekuala sungai Brunei menjadi Pulau Pilong-pilongan.Ratu Majapahit lalu menyumpah ayam Bendahara, Mutiara menjadi Pulau Lumut Lunting dekat dengan Berambang. Dengan kemenangan itu Ratu Majapahit menghadiahkan Kucing Emas kepada Ratu Brunei.

Mengikut metos pulau ini walaupun kecil dan rendah , tetapi tidak pernah tenggelam walau waktu air pasang. Tetapi kalau tenggelam adalah satu pertanda Raja Brunei akan mangkat. Cerita metos ini mengingatkanku kepada Cerita Hikayat Hang Tuah dimana peristiwa menyabong ayam menyebabkan peperangan di antara Melaka dengan Terengganu.

Kedatanganku kali ini bukanlah untuk membuat ekpedisi, kerana Kampung Menunggol terkenal dengan Bukit Bujang Pahang. Pernah aku membawa rombong untuk mengadakan ekpedisi ini. Tetapi kali ini adalah untuk menziarhi keluarga yang kembali kepangkuan Illahi.

Walaupun kedatanganku kali dalam majlis duka. Namun aku sempat meningat kembali segala detik-detik aku datang ke tempat ini beberapa tahun yang lalu.

Persekitaran yang banyak berubah. Anak-anak yang kukenali dulu sudah dewasa. Suasana kampung itu benar-benar mengetuk pintu hati.

Sayu menyilap didadaku tekala kumengiringi jenazah ketempat pengabadian. Mataku terpaku beberapa tanah-tanah yang masih nampak kuning. Ingatku tidak berapa lama dulu juga kedukaan ini telah berlaku dalam lingkung keluarga ku ini. Kulihat nisan-nisan yang masih baru.

Terasa diri ini terlalu kerdil dengaan tadir kehidupan ini. Bisikan hatiku merasakan tidak siapa yang dapat lepas dari kesudahan hidup ini. Sebagaimana yang disebut darinya kita datang kepadanya kita akan kembali. Ini menyedarkanku. Maka pada waktu inilah terputus segalanya, hanya sedakah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak-anak yang saleh mendoakan saja yang bersama.

Ku rasa inilah hikmah yang kuperolehi kali ini. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka yang telah pergi dan di masukan mereka kedalam golongan yang salleh disisiMU, amin.

BISIKAN HATIKU

Sejak akhir-akhir ini aku terasa satu kekurang didalam rutin harianku. Kerisauan yang bermainan fikirkan membuatku mencari-cari. Tambahan bila aku memandang dirinya. Seolah-olah ada yang satu masalah yang terjadi.

Hatiku berkeras juga menafikan. Bagiku sejak beberapa hari ini kami jarang berinteraksi . Tidak seperti sebelumnya. Kadangkala dia berbicara dan bertanya padaku. Tambahan lagi , kami dapat menjalinkan hubungan secara ikhlas dalam persahabatan. Bagiku inilah yang dapatku dambakan untuk menjadi insan dibumi Allah ini.

Pada mulanya aku hanya mengenalinya sebagai salah seorang anak didikku. Tetapi setelah aku dapat mengenalinya dengan lebih dekat melalui kegemaran kami yang sama. Aku mula melihat sesuatu yang istimewa pada dirinya.

Mungkin perasaan ini mengingatku kembali berberapa tahun yang lalu. Dimana aku juga mempunyai anak didik yang begitu istimewa. Aku selalu menaruh harapan dia akan menjadi pelajar yang berjaya dalam studinya dan seterusnya mencapai cita-citanya.

Tetapi dia telah menghancurkan segala harapan itu. Aku tidak menyalahkan dirinya. Itu adalah keputusan yang terbaik buatnya. Hanya aku menyalahkan diriku. Aku tidak dapat membantu walaupun aku berusaha seikhlasku. Segala peristiwa itu masih dapatku rasakan. Segala kekecewa itu seolah-olah meninggalkan parut yang sukar untuk dihilangkan.

Bagiku semua anak didikku mempunyai kelebihan mereka. Mereka perlu dibimbing dan dipupuk untuk berjaya. Aku sanggat bersyukur jika mereka dapat mencapai hasrat mereka. Itu adalah yang tertanam dalam hati kecil ini.

Bagiku menyampai hasrat sesama insan adalah tanggungjawab yang perlu ikhlas. Sepanjang karierku, ada beberapa mereka telah berjaya. Aku amat bersyukur kerana kebanyakan mereka ini tidak pernah melupakan padaku. Terutama tekala bersua muka. Mungkin inilah hikamahnya, aku tidak meminta, malah aku sentiasa mendoakan moga kejayaan yang mereka capai itu dapat memberi bakti kepada sesama insan yang memerlukannya.

Teringatku kepada seseorang yang selalu menjadi teman berbicara. Teman yang banyak meberikanku ilham dan mengajarku melihat kehidupan ini dengan penuh takwa. Masih bergema digendang teling ini kata-kata itu ‘Keikhlasan bukan untuk di minta balas, tetapi keikhlasan itu kerana cinta kita kepada Allah yang mencipta manusia dibumi ini. Sifat-sifat itu memang ditanam dalam diri kita sejak lahir dimuka bumi ini. Katanya kita telah berjanji akan menunaikan amanat itu. Oleh itu jadilah sebagai hambanya yang selalu bersyukur,merendah dan bertakwa’.

Tetapi sebagai insan biasa. Aku juga mempunyai perasaan kerana manusia mempunyai berbagai kerenah. Perasaanku tercuit kembali apabila saat mengenalinya lebih dekat. Seolah-olah sejarah itu berulang lagi atau mungkin untukku dapat menebus kembali kesalahan yang lalu.

Atau perasaan, yang terlalu mengikut emosiku. Aku sendiri tidak dapat memastikan. Apa yang kuharapkan semoga prasangka ini bukanlah mengheretku kepada sejarah hitam yang silam. Doaku semoga sejarah itu takkan berulang. Sebagai insan kita hanya merancang tetapi segala-segala Tuhan yang menentukan. Bagiku hanya berusaha dan memohon pada Illahi.

Aku selalu mendoakan untuk mereka agar mereka sentiasa berjaya dalam segalanya. Itu saja dapat kulakukan. Semoga segala keikhlasku dapat menunaikan amanah yang diberikan oleh yang Khalid.

30 HARI MENCARI CINTA


Diabadikan untuk menjadi satu seksta kehidupan dalam mencari Cinta pada yang Khalid
Gambar klik http://community.webshots.com/user/suria13

Setiap kali menjelang Ramadhan aku merasai sesuatu yang harus ku perolehi. Tahun ini bagiku aku ingin mendambakan diri dalam mencari Cinta padaMu. Cinta yang penuh kebersihan diri. Cinta yang menjadi lambang kesetiaan padaMu yang Khalid. Sebagai hambaMu terlalu kerdil ini sentiasa mencari CintaMu. Semoga selama 30 hari ini aku ingin mencari erti Cinta itu. Kerana pada bulan yang berkah ini telah dijanjikan kepada kita setiap kebajikan akan diberikan berlipat ganda ganjarannya. Oleh itu bagiku tidak akan membiarkan limpah kurniaNya ini berlalu begitu sahaja. Kerana CintaNya pada umat manusia kita telah diberikan segala kurnia pada bulan ini. Pada bulan ini juga kita diberikan untuk merebut satu malam yang penuh kurnia Malam Lailtul Qadar. Setiap amalan pada malam itu akan mendapat nilai seribu bulan.
Firman Allah bermaksud
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan nya (AL-Quran) pada malam kemulian. Apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr 1-13)
Doaku juga pada mereka yang bersamaku dalam mencari Cinta. Pada bulan yang mulia ini akan mendapat fadilat dan hidayatnya.
Semoga kita sentiasa di beri pertunjuk kejalan yang lurus... Amin

KERINDUAN

Terasa lama bagiku tidak mencoretkan sesuatu dalam blog ini. Kerinduan yang mendesak aku untuk berbicara lagi, walaupun hanya di atas skrin yang tidak bisa mengerti apa yang ku luahkan tetapi dapat juga menyimpan apa yang ku rasakan.
Di dalam suasana keseorangan aku selalu mengenangkan segala pengalaman dan perjalananku di atas bumi Allah ini. Dalam sudut hati kecilku bertanya apakah aku ini sudah mencapai tanggungjawap ku yang di amanahkan oleh yang Maha Esa?
Kadang-kadang aku terasa sesuatu yang perlu akanku lakukan sebelum mengakhiri segala perjalan hidup ini. Apa????
Aku ingin memberikan sesuatu yang terbaik sesama insan di dunia yang pana ini.
Terkenang akan aku beberapa cerita tauladan yang pernah ku dengar dan baca. Bahawa kehidupan perlu saling bantu-membantu dalam menikamati segala kesejatheraan yang dikurnia oleh Maha Pencipta.
Persoalannya adakah aku sudah melaksanakan tugasku ini??????
Moga akan ku dapat jawapanya sebelum usia ini dijemput.
dan semogaku dapat menyelesaikan segala tanggungjawapku.
Amin.....Amin.....Amin...... ini lah kata hikmat yang selalu mengenangku kepada seseorang yang ku rasa manusia yang bersyukur atas segala nikamat yang diberikan oleh Maha Kuasa dalam kehidupan...Doaku moga aku juga termasuk golongan ini.

NIGHTLIFE AT MALL

Semalam ketika sedang duduk di kerusi kegemaranku (saban malam apabilaku berkunjung di sana , hanya itulah tempat lepak-lepak, seperti siMurai yang sentiasa bertenggek di pohon yang menjadi kesayangan ) sambil melayari internet di Mall, mataku seolah-olah di tarik seperti besi yang ditarik oleh kuasa besi berani. Pandanganku tertumpu pada gelagat manusia yang beredar di hadapanku. Begitu romatis ku rasa ketika itu, melihat pasangan- dengan senyum, ketawa serta berbicara begitu sopan. Terusik rasanya di sudut hati kecil ini, mengenangkan ketika seusia itu. Ku tumpukan pada pocket pc ku untuk menukar segala yang berligar difikirkanku ketika itu.

Begitu mengasyik lagi apabila alunan musik yang kedengaran dari tokoh muzik di Mall menambah suasana begitu mempersonakan. Ganguan ini membuat aku tidak dapat meneruskan hobiku lagi. Ku layan lagi perasaan itu, kali ini di benakku terkenangkan Peterpan –Kupu-kupu malam, lirik dan iramanya mula berputar di otak ini. Apakah mungkin terkenangkan kertaskerja yang telahku sedia untuk pelajarku, atau mungkin aku cuba membandingkan ‘nightlife di Mall’ Apakah pasangan-pasangan yang berligar satu demi satu dihadapanku membuat aku mula terkenangkan lagu itu.

Ku cuba mengalih, tetapi aku dikejutkan dengan suara di belakang sedang berbicara begitu lunak dan berirama. Ku toleh ke belakang, susuk tubuh yang begitu ‘steadylah’ sedang berbicara dengan HP. Mungkin ada sesuatu yang dibualkan. Telinga ini mula begitu nakal, seperti prabola untuk mencari ‘station’ pemancaran dan mengangkap untuk di siarkan dalam otak ini. Begitu asyik perbualan itu. Hatiku berbisik ‘inikah kemudahan, dan kesenangan yang dinikamati oleh generasi-generasi muda, alangkah beruntungnya’.

Tumpuanku sudah hilang untuk memperdulikan gelagat si’Steady’. Aku mula merumus ‘nightlife di Mall’. Bahawa tempat ini sungguh sensasi, mepersonakan, pernahku gelar tempat ini sebagai ‘BOLLYWOOD OF TUTONG’. Entah darimana ku mendapat idea tersebut, mungkin terpengaruh dari pengalamanku bertandang ke negara-negara luar. Di mana terdapat setiap tempat mempunyai ‘trademark’nya. Seperti Chow Kit Road dalam lagu allahyarham Sudirman Hj Arsad.

Khayalanku terputus, ada suara menyapaku, aku kenal suara itu (‘members’ yang satu tujuan satu destinasi, macam slogan AF yang selalu diucapkan oleh pengacara Aznil).Aku tersenyum dan mengangkat tanganku kepadanya, tidak tahu apakah erti senyuman itu, bagiku senyuman itu adalah sedekah setiap insan berhak ku berikan. Pernahku berpesan kepada pelajarku bahawa senyum itu adalah ‘sesuatu yang amat berharga’ kepada manusia. Oleh itu mulakanlah hari-hari kita dengan senyuman itu pesan pakar-pakar motivasi sebagai kata hikmat kepada kliennya.

Aku mula melihat jam di tangan ku, sudah ‘timeout’ aku terpaksa permit kerana ada lagi tugasku yang patut ku laksanakan. Ku harap ‘nightlife di Mall’ dapat memberikanku satu inspirasi dalam melalui sisa hidup ini. Mungkin inilah ‘informal education’ yang ku dapat. Aku akan datang lagi untuk menghadirkan diri bagi menyambung pelajaran ku di tempat ini seperti aku menghadirkan diri di bilik kuliah semasa di pengajian tinggi dulu.


KENANGAN TERINDAH

'Lagu Kenangan yang terindah', sungguh membuat hatiku terusik. Lagu ini seperti memutar kembali memori silam. Tambahan ketika ini cuti penggal akan bermula. Saat begini amat dinantikan oleh pelajar. Tetapi bagiku ini adalah saat kesunyian dalam suasana harianku.

Kebetulan pada minggu akhir ini aku mengajak 'my team' untuk makan. Sememangnya untuk memenunaikan janji, takut-takut tidak kesampaian, maklumlah cuti, setiap orang mempunyai agendanya. Atau apa-apa boleh berlaku, bagiku ini satu penghargaanku kepada semua insan berhak untuk menikmatinya, 'sharing and caring' itu lah kata yang dikeluarkan oleh salah seorang' my team'.

Ketika inilah mengingatkan kembali waktu zaman persekolahan seusia mereka. Acara begini selalu juga dibuat dengan member-member hanya untuk' enjoy' dan'fun' saja. Mungkin hanya untuk melepaskan stress atau juga sebagai pengabadian dalam memori persahabatan. Aku terasa bertuah dapat merasai suasana seperti itu lagi walaupun di dalam persekitaran yang jauh berbeza dari kenyataan dulu. Tetapi bagiku cukuplah dengan menemani dan menikamati ketawa dan gurauan mereka. Sekurang-kurang dapat membuatku senang dan bahagia dalam menghadapi sisa-sisa perjalanan yang tidak tahu di mana penghabisannya. Kenang-kenangan ini juga telah dapat membantuku berhadapan dengan kerenah-kerenah mereka. Semoga kenangan terindah ini akan terpahat disudut sanubari ini selamanya.

Agenda seperti ini sungguh bererti dalam erti berinteraksi, kehangatan perbualan bertukar dari satu topik kesatu topik menambahkan lagi suasana keriangan dan keceriaan di samping mengenali hatibudi masing-masing. Bagiku inilah satu pendekataan terbaik dalam karierku. Bagi mendekatkan jurang yang jauh memisahkan mereka dengan aku.

Mungkin saat ini aku tengelam dalam duniaku atau mereka juga. Lupa akan sekiling tetapi semua itu tidak akan berterusan. Setiap yang bermula akan berakhir, setiap pertemuan akan ada perpisahan walaupun kehadirannya tidak diundang itulah hukum alam. Keriangan dan keceriaan juga akan di tutup dengan kesunyian. Aku dan mereka akan sama-sama mencari haluan. Kenangan hanya tinggal kenangan, tetapi biarlah menghasilkan putik yang akan mekar di sepanjang zaman.

Selepas itu kami menutup agenda dengan membawa haluan. Mereka dengan haluan mereka. Aku teruskan saja dengan langkah' lone ranger', ke mana lagi kalau tidak ke tokoh buku, satu-satunya tempat kegemaranku. Aku teringat semalam seorang pelajarku meminjam sebuah novel dariku, katanya untuk meluang masa pada waktu cuti. Aku mememang gemar membaca novel terutama dalam memenuhi masaku. Ku berikan sebuah novel kesukaanku, kerana novel tersebut mememang senghaja ku simpan di rak bukuku di bilik kerja. Dengan menghadiahkan senyuman yang merobek hati, dia berlalu bagai bidadari melayang lesap dari pandangaan.

Sambil mataku mula liar melihat susunan buku-buku di tokoh tersebut. Mataku terpaku sebuah tajuk ‘BIARKAN AKU MENANGIS’. Seperti putaran filem bermain di mataku, terpapar satu episod yang baru berlaku semalam. Aku tersenyum sedirian, apakan tangisan ini sama seperti semalam, tetapi kalau semalam temanya berlainan. Andai aku seorang penulisan akan ku tulis sebuah novel atau apajua dengan tajuk ‘TANGISAN DALAM SENYUMAN’. Kerana episod tersebut membuatku berteka-teki apakah sebenarnya berlaku?.

Aku mula tertarik novel itu dan mula meneliti sinopsis di belakang buku. Ku peggang sambil melihat lagi kalau-kalau ada lagi yang dapat mengerak naluriku. Sambil itu otakku masih lagi berkisar akan episod semalam, otakku bercelaru dari 'kes tali putus’, sehingga membuatku ingin mencari jawapan teka teki itu. Hatiku mula memprotes apa yang ada di otakku, BUAT APA KU TERLALU SIBUK HAL PERIBADI ORANG?. Tetapi otakku berkeras juga kerana bukan menjaga tepi kain orang, andaianku mungkin puncanya dari kelancangan mulutku atau kata-kata yang telalu tajam seperti sembilu membuat orang terusik hati. Sifatku yang selalu enjoy,berkelakar dan bercoleteh dalam penyampaianku kadangkala membuat orang bosan. Kadangkala lidah ini tidak bertulang terus saja seperti das-das peluru keluar dari muncung senapang. Kadang-kadang ini membuat aku bertanya, adakan mereka menyukainya atau membenci. Sifat manusia sukar diramal ada yang ketawa tetapi mengata ada yang menangis tetapi bergembira. Semua ini mejadi misteri hingga tidak dapat diselasaikan seperti 'Da Vinci Code'
Khayalanku terhenti bila tanganku mencapai sebuah novel ‘AYAT-AYAT CINTA' . Reflek otak begitu pantas seperti seorang pelari pecut mendengar das letupan pistol permulaan untuk berlari kegarisan penamat,membuat rumusan 'MUNGKIN PUTUS CINTA' otak mula berbicara,bibirku sekali lagi menguntum senyum yang sinis, biasa orang muda, teringatku lagi 'PUTUS TALI BOLEH DISAMBUNG,PUTUS KIKIK TERBANG MELAYANG PUTUS KASIH???? MUNGKIN MACAM CINTA KOLESTEROL ATAU .....CARI YANG LAIN. Ungkapaan ini membuatku tersenyum sendiri. Walaupun apa juga aku bukannya NUJUM PAK BELALANG, biarkan saja SILUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA. Mungkin jawapannya akan ku perolehi bukan dengan paksaan tetapi dengan keikhlasan, kerana aku ingin membantu dengan keikhlasan selagi orang mempercayainya.

Kakiku melangkah kekaunter pembayaran. Aku meninggalkan tokoh buku itu, dengan berbagai persoalan.

Harapanku dengan dua buah novel ini nanti akan dapat mententeramkan keraguanku ini. Semoga BIARKAN AKU MENANGIS akan jadi penghiburku atau dengan AYAT-AYAT CINTA akan dapat membujukku, seperti kata pepatah meminta pada yang ada, merajuk kepada yang sayang. Jangan sampai keegoan akan menguasai diriku. Hanya aku berdoa semoga diberikan kekuatan dan kesabaran sehingga menjadi insan yang sentiasa bersujud dan bersyukur pada mu Illahi.....amin...


KEMBALI BERSEKOLAH

Setelah bercuti selama dua minggu sekarang musim sekolah lagi.
Minggu pertama penggal persekolahan adalah waktu yang paling sibuk. Bukan hanya sibuk menyediakan segala peralatan dan kelengkapan sekolah malah minggu ini adalah minggu Perjumpaan Ibubapa dengan guru-guru disekolah. Bagai pelajar inilah hari yang terlalu mengerikan kerana segala kerenah dan tembelang mereka akan diketahui oleh ibubapa mereka. Bagi guru, saat begini adalah merupakan satu perluang untuk bersuamuka dan bermuzakarah dengan penjaga pelajar.
Harapan agar suasana begini akan bertambah hangat dengan kemesraan di antara kedua belah pihak.... Lihat saja rakaman gambar ini.......


CUTI LAGI

Minggu ini adalah bermulanya cuti persekolahan. Pelajar-pelajar sekolah meriakan hari ini dengan penuh kegembiraan. Inilah waktunya untuk berlibur dan bermanja-manja dengan tilam dan bantal. Terkenang juga pada waktu masih bersekolah. Cuti begini, saat untuk balik kampung tingal bersama nenek. Bermacam rancangan dan kegiatan akan dilakukan. Waktu itu kedaan kampung di keliling dengan flora dan fauna yang hijau dan sedap mata memandang. Kehijauan pepohon dan harumnya tanah paya dan sawah padi itu lah yang membuat satu kepuasan bagiku untuk balik kampung disamping dapat menambah pengetahuan serta memengembangkan naluriku dalam mencintai dan menghargai kampung halamanku. Nastolgia begini tidak terdapat pada zaman ini.
Sebaliknya trend zaman yang serba membangun ini, telah merubah segalanya. Cuti begini akan dihabiskan dengan dengan keluarga bercuti ke negara jiran (melancong) atau menghabiskan masa dengan window-shopping di Mall-mall atau di komplek-komplek beli belah. Inilah cari masyarakat sekarang menambah pengetahuan.
Maka timbullah persoalan Bagimana masyarakat hari ini disemai dengan semangat patriotik?. Inikah salah satu puncanya?
Oleh itu kita harus mencari jawapannya, mungkin salah satu cara ialah. Dicuti begini adalah lebih baik jika merancangkan sesuatu dengan mendekati anak-anak dengan kehidupan kampungan, memperkenalkan keindahan hutan, mencium bau-bauan bunga-bunga dan kesegaran hawa pagi dipendalaman yang jauh dari kekotoran udara kota dan bandar. Di negara kita masih banyak lagi kampung-kampung yang masih bersih dan indah. Bawalah mereka untuk melancong sambil mempelajari keindahan negara sendiri.
Kegiataan berkemah dan bermalam dikampung-kampung pendalaman adalah satu cara untuk mendekati remaja hari ini dengan suasana negara sendiri, semoga akan memberikan mereka satu pengalaman berharga apabila mereka menjadi pemimpin masyarakat disuatu hari nanti.
Semoga Nastolgiaku ini dapat menjadi renungan bersama.......