Thursday, February 15, 2007

CCA and OUTDOOR EDUCATION


Kegiatan CCA and Outdoor Education (Ko-kurikulum dan Pendidikan Luar) adalah satu program yang dikendalikan oleh Bahagian CCA and Outdoor Education PTE SMSO BT Beruang Tutong bagi pelajar-pelajar bergiat aktif bukan saja disekolah malah diluar sekolah. Progam ini dapat memperkayakan lagi pengetahuan dan pengalaman mereka. Dengan harapan bebekalkan semua itu dapat melengkapkan pelajar-pelajar menjadi bangsa yang perkasa dan sedia menerima apa juga cabaran.

Pada penggal pertama ini pelajar-pelajar di dedahkan kawasan persekitaran yang berdekatan dengan mereka. Antaranya tempat-tempat yang mempunyai catatan sejarah lampau dalam pembangunan negara. Seperti Kg Danau Telisai Tutong. Pelajar-pelajar telah diperkenalkan persekitaran kampong tersebut, seperti bekas jambatan feri lama yang digunakan sebagai jalan perhubungan pertama antara Bandar Brunei dengan Kuala Belait. Disamping itu pelajar juga didedahkan 'infrastructure' pembinaan benting ombak disepanjang pantai Danau - Telisai. Ini dapat menanam sikap mencintai persekitaran dan memahami mega-mega projek yang berjalan pada ketika ini.

Lihat saja Albumku sebahagian dari kegiatan tersebut.....

JATI DIRI


Dalam mempersiapkan diri untuk menerima cabaran yang akan datang, kita harus mampu bertahan dalam apa juga situasi. Oleh itu Program Jati Diri dapat memberikan sedikit bantuan kepada Pasukan MPP PTE SMSO Bt Beruang Tutong. Pasukan ini telah diberikan ujian demi untuk melatih kekentalan mereka dari segi fizikal, mental dan spiritual. Antara cabaran mereka adalah meredah hutan selama satu jam untuk menguji ketahan fizikal mereka. Sepanjang perjalanan melalui permukaan yang licin dan basah. Dalam ujian mental mereka telah diuji dengan mencari trak-trak poin [station ]. Ujian sipritual mereka adalah menguji ketabahan mereka sebagai satu pasukan. Syabas pada peserta-peserta kerana dapat menunjukan kemampuan ini. Walaupun terpaksa menghadapi halangan dan rintangan. Semoga kegiatan ini dapat diambil sebagai satu iktibar. Terutama dalam menjalani halangan kehidupan yang perlu dilalui. Sebagai manusia kita juga harus belajar dari alam semula jadi (mother nature) bukan hanya dipengajian-pengajian tinggi sahaja...........
Semua 'actions' boleh di perolehi klik Albumku

SANTAI


Januari adalah bulan yang terlalu istimewa. Bulan ini membuatku tidak mahu melepaskannya dari memori kehidupan didunia pana ini. Bagiku segala-galanya akan terpahat dihati ini. Semoga kenangan itu kan sentiasa menjadi mimpi-mimpi yang indah dalam melalui sisa-sisa kehidupan ini. Bagiku segala kenangan itu sebagai potret-potret kehidupan yang harus disimpan dan diabadikan. Lihat saja keceriaan dan keriangan dalam album kenangan ini [ sila klik Albumku]