Thursday, October 26, 2006

Bagaimana ku jatuh hati.

Banyak member begitu bergahirah ingin tahu bila mellihat aku bersama dengannya. Mereka begitu tetarik dengannya. Apa tidaknya?.Siapa pun akan tertarik dengan bentuk yang sungguh menyedapkan mata melihatnya. Bentuk badan yang gebu, montel dan cute. Ditambah dengan gaya yang'sporting'. Penampilan yang begitu unggul membuat sesiapa pun akan tergoda. Tentulah mereka cemburu....

Tetapi aku sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan aku begitu tertarik dengannya.

Pada mulanya aku mengenalinya setahun yang lalu. Pertemuan itu hanyalah pengenalan biasa saja. Aku sering bertemunya seperti kebanyakan yang lain. Sekali-sekala terusik jua perasaan. Tetapi itu hanya seperti mimpi pada siang hari saja. Bagiku tidak mungkin aku dapat memilikinya.

Semua itu seperti mengenggam angin atau sebagai khayalan saja. Jadi impian untuk memilikinya itu sesuatu yang sukar untuk ditunaikan. Lainlah kalau kudrat dan iradat yang telah ditentukan untukku.

Selepas itu, bagaimana aku dapat mendekatinya, seolah-olah sebagai sebuah mimpi saja. Peristiwa tersebut seolah-olah untuk menyemai bibit-bibit kemesraan atau untuk mencabar keimananku.

Persitiwa itu berlaku beberapa bulan yang lalu. Aku sering bersamanya. Aku begitu asyik seolah-olah aku menyukainya. Mungkin kerana kesetiaannya bersamaku membuat aku begitu senang dengannya. Tambahan pula ia begitu 'sporting'. Bagiku itu adalah satu sifat yang aku sukai. Tambahan dengan bentuk ' body' yang gebu dan sungguh comel loteh kata penyanyi Dato M.Daud Kilau raja gelek Malaysia. Bila mengenangkan lagu Cik Mik Molek itu mengimbas kembali kenangan itu. Ku kira lebih kurang selama seminggu aku bersamanya. Hatiku sudah mulai merasai begitu terusik. Mana tidak setiap hari bersama tentu akan membawa kenangan. Ku rasa itu umpama mimpi didalam mimpi.

Selepas itu aku jarang sekali dapat menemuinya. Kadangkala aku hanya melihatnya saja tidaklah seperti yang lalu. Segala kenangan itu inginku lupakan seperti kataku 'Mungkin aku tidak mampu untuk memilikinya'.

Sejak dari peristiwa itu. Aku lepaskan segala kenang manis itu bersama dengan mimpi lenaku. Apabila terbangun hanya bagai bayangan saja. Namun aku tidak mengharapkan sanggat. Kerana aku tahu akan diri ini. Seperti kata pepatah Ukur baju dibadan sendiri, tahu lah tinggi rendahnya langit, aku harus berpijak dibumi yang nyata. Semua itu seperti mengharapkan yang bulat datang bergolek yang bujur datang melentang.

Entah kenapa ia seperti dalam senikata lagu Delova,aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu. Adakah kerana namanya 'so sweet ' untuk disebut ' Suzi' atau kerana bentuk dan sifatnya yang 'sporting' menjadi idamanku, serasai dengan sifatku. Memang kuakui sifat itu adalah sebahagian dari hidupku. Aku tidak dapat menafikannya. Seolah-olah sifat itu mengalir bersama dengan darah dalam tubuhku dan bersama dengan denyut jantung ini. Entah semua itu tidak dapat kupastikan. Bagaimana semua itu bermula.

Seperti di alam fantasi apabila satu kemustahilan itu menjadi realiti. Seperti terbangun dari memimpi yang indah apabila aku menerima satu berita yang tidak tercapai oleh akalku. Bahawa khayalanku itu bukan sekadar kabus pagi yang akan hilang apabila sinar suria terbit malahkan seperti sebuah gunung yang diliputi oleh awan berlalu tersergam kukuh tidak tergugut oleh kehadirannya. Apakah impianku itu satu mainan?.

Aku terlalu menyukainya, aku terlalu menginginkannya, aku mahu memilikinya. Apakah aku juga menyayanginya?. Mampukah aku?, layakkah aku? Sanggupkah aku?. Semua menjadi teka-teki dan konflik monologku.

Kenapa harus berteka-teki. Aku harus sedia menerima segala risiko, kalau takut dilambung ombak jangan bermain di tepi pantai, kalau takut terbakar angus jangan cuba bermain api. Semua itu aku yang memutuskannya. Biar badai dan ombak datang melanda, walau api yang membakar angus semua itu kuserahkan kepada Yang Isa. Kerana jodoh, rezeki dan maut atas kehendakNYA. Aku hanya berusaha dan menyerahkan diri kepadaNYA. Bagaimana Nabi Musa tidak ditenggelamkan oleh ombak, bagaimana Nabi Ibrahim tidak terbakar oleh api semua itu adalah atas kehendakNYA jua.

Kenapa aku harus takut. Pasti ini adalah satu kurnia untukku, aku harus menyukurinya setiap kebaikan dan kesusahan itu adalah satu dugaan dariNYA. Kerana sebagai hambanya yang sentiasa beriman kepadaNYA tidak akan lepas dari ujianNYA. Setiap ujian itu ada hikmahnya. Sebagai insan yang lemah aku hanya bertawakal kepadaNYA Doaku semoga inilah yang terbaik buatku. Sujud dan syukuriku kepadaMU saja.....Amin

Akhirnya dengan keikhlasan yang tulus aku melamarnya untuk bersamaku. Apa inikah aku telah jatuh hati?.

Darimana punai melayang
Dari sawah turun ke padi
Darimana datangnya sayang
Dari mata turun ke hati.

Mulai saat itu ia menjadi milikku. Ia adalah sebahagian dari kebahagianku. Semoga kesetiaan akan kekal tertanam di hati ini.

DIA ADALAH SEBAHAGIAN DARI KEBAHAGIAN INI Klik[Siapa 'SUZI' my honey? ]

No comments: